Tuesday, 27 August 2013
WANITA DERA ANAK SAMPAI MATI DIDAKWA MEMBUNUH
SELASA 27 OGOS 2013
IPOH - Ibu kepada kanak-kanak malang berusia lima tahun yang dipercayai didera secara kejam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh anak perempuannya itu.
Pendakwaan terhadap Chong Mee Chin, (gambar), 30, dibuat berikutan mangsa, Ho Yan Hui yang sebelum ini berada dalam keadaan koma meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun pukul 2.40 petang kelmarin.
Mee Chin yang berasal dari Menglembu di sini dilihat mengangguk kepalanya tanda memahami pertuduhan sebaik ia dibacakan dalam bahasa Kantonis oleh jurubahasa mahkamah.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Mee Chin di hadapan Majistret Haslinda A. Raof.
Mengikut pertuduhan, Mee Chin yang tidak diwakili peguam didakwa telah mendera sehingga menyebabkan kematian anak perempuannya itu pada kira-kira pukul 9 pagi, 12 Ogos lalu di ruang tamu rumah nombor 19, Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment