Tuesday, 27 August 2013

ARTIS MELECUR disambar api gas

TERKINI!!! KUALA LUMPUR - Penyanyi popular 80-an, Noorshila Amin melecur di muka, lengan dan kaki akibat disambar api daripada tong gas yang bocor ketika memasak di rumah anaknya di Kepong pada Sabtu lalu. Menurut Noorshila, 49, kejadian berlaku pada pukul 2 petang dan ketika itu dia memasak di rumah anak sulungnya, Nurul Admiena Norrizan sempena majlis rumah terbuka yang diadakan oleh anaknya itu. "Ketika memasak tiba-tiba api menyambar sebelah kiri badan saya menyebabkan muka, lengan dan kaki saya di bahagian itu melecur," kata Noorshila yang mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Selayang. Noorshila yang popular menerusi lagu Rambu Ramba dan Kad Ucapanmu memberitahu, nasib baik dalam kejadian tersebut tong gas itu tidak meletup manakala rumah anaknya juga tidak terjejas.

No comments:

Post a Comment