Tuesday, 27 August 2013

PEJABAT SANTAI PALOMA TEAMWORKS

Paloma Teamworks ialah sebuah syarikat yang menganjurkan perlumbaan amal di Amerika Syarikat. Kerana ianya sebuah syarikat yang banyak menganjurkan events secara low budget, pejabat mereka juga haruslah low budget. Mereka menyewa sebuah gudang di California dan menjadikannya bandar pejabat dalam gudang yang cool beans. Bilik pejabat dibina di dalam kontena kargo terpakai dan terdapat kenderaan elektrik yang boleh digunakan pekerja untuk bergerak di dalam pejabat mereka. Cool stuff!

13 korban Ribut Fernand di Mexico

TUXPAN, Mexico - Tanah runtuh yang disebabkan hujan lebat akibat Ribut Tropika Fernand mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang di dalam negeri Veracruz, kata pihak berkuasa kelmarin. Jurucakap pentadbiran negeri, Javier Duarte berkata, sembilan orang maut di bandar Yecuatla, tiga di bandar ini dan seorang lagi di bandar Atzalan. Tanah runtuh membawa batu-batan dan lumpur merosakkan empat rumah di kampung Roca de Oro di Yecuatla dan mengorbankan mangsa yang sedang tidur. "Kami sentiasa berwaspada kerana hujan masih turun," kata Duarte. Pihak berkuasa tempatan mengesahkan sekurang-kurangnya 10 bandar terputus hubungan ekoran laluan terhalang akibat 16 kejadian tanah runtuh. Menurutnya, lebih 400 orang ditempatkan di pusat perlindungan yang disediakan oleh pemerintah. Sementara itu, di kawasan bandar metropolitan Veracruz dan Boca del Rio, para pekerja memulihkan bekalan elektrik yang menjejaskan 40 peratus penduduk di wilayah berkenaan. Pihak berkuasa di sini menasihatkan agar 7.7 juta penduduk di situ tinggal di rumah dan sesi persekolahan turut digantung. Fernand berpusat sekitar 125 kilometer (km) ke barat daya Tuxpan dan bergerak menuju ke arah barat laut dengan kelajuan angin sekitar 15 kilometer sejam.

16 korban banjir besar di Laos

VIENTIANE - Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban dan berpuluh-puluh ribu yang lain hilang tempat tinggal di Laos ekoran banjir besar yang disebabkan oleh hujan lebat, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam. Jurucakap PBB di negara itu memberitahu, kemalangan jiwa itu berlaku semasa banjir kilat melanda daerah Beng, di barat laut Laos pada 20 Ogos lalu. Menurut kenyataan tersebut, lebih 115,000 orang terjejas akibat bencana tersebut. Beribu-ribu hektar kawasan tanaman padi musnah sementara banyak haiwan ternakan mati semasa musim hujan yang bermula pada Jun lalu. "Hujan lebat sejak Jun lalu mengakibatkan banjir besar terutama di bahagian utara dan tengah negara ini," kata jurucakap berkenaan. Sejumlah penduduk yang terjejas kini dilapor memerlukan makanan dan bantuan untuk membina semula kediaman mereka yang rosak atau musnah. Kos kerosakan akibat banjir itu dianggarkan lebih AS$17 juta (RM56.6 juta). Laos merupakan sebuah negara miskin yang mempunyai sekitar enam juta penduduk dan ditadbir oleh rejim Komunis.

GRO menangis terlepas tali gantung

ALOR SETAR – Seorang gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand menangis selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar kanabis seberat 12.26 kilogram (kg) pada tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Supaporn Phaipong (gambar), 28, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. Supaporn yang berasal dari Uthai Thani dan bekerja sebagai GRO di ibu negara dituduh mengedar kanabis seberat 12.26 kg di hadapan Platform No. 6, Terminal Bas Shahab Perdana, Lebuh Raya Sultanah Bahiyah di sini pada pukul 8.05 malam, 8 Januari 2012. Gadis itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Mohd. Zaki dalam penghakimannya berkata, terdapat keraguan dalam keterangan beberapa saksi pendakwaan sama ada dua beg mengandungi dadah itu berada di bahagian bagasi bas atau bahagian penumpang.

BELI KERETA GUNA WANG KECIL

ZHENGZHOU - Seorang jurujual di China terkejut apabila seorang ahli perniagaan membayar tunai kereta yang dibelinya dengan menggunakan sejumlah wang kecil, lapor akhbar Daily Mail semalam. Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhang membuat bayaran berjumlah £16,000 (RM82,575) menggunakan 10 buah kotak berisi wang kertas satu yuan (RM0.54) dan duit syiling. Dia yang dikenali sebagai Zhang menghantar lebih 10 buah kotak kepingan wang kertas dan syiling. Urusniaga berkenaan berlaku di sebuah pusat automotif di bandar ini, dalam wilayah Henan. Kesemua wang itu kemudian dibawa ke sebuah bank yang mana dua orang kerani diperlukan untuk mengiranya. Masa selama beberapa jam diperlukan untuk mengira sejumlah 13,000 yuan (RM7,071) wang kecil itu. - Agensi

AS sedia serang Syria pada bila-bila masa

BANDAR SERI BEGAWAN - Tentera Amerika Syarikat (AS) akan bertindak serta-merta jika Presiden Barack Obama memberi arahan untuk melancarkan serangan ke atas Syria, kata Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel semalam. Persediaan itu dibuat selepas rejim Presiden Bashar Al-Assad didakwa menggunakan senjata kimia baru-baru ini. "Kami telah menggerakkan segala aset tentera untuk memenuhi dan mematuhi apa sahaja pilihan yang ingin diambil oleh Presiden AS. "Kami bersedia untuk bertindak," katanya ketika diwawancara oleh stesen televisyen BBC semasa melakukan lawatan ke Brunei. Komen Hagel hadir sehari selepas Setiausaha Negara AS, John Kerry mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan ketenteraan mungkin diambil ke atas Syria. Kerry menyatakan bahawa Obama percaya bahawa rejim Presiden Bashar Al-Assad perlu bertanggungjawab kerana menggunakan senjata kimia. Dalam pada itu, Hagel berkata, persediaan ketenteraan itu susulan maklumat oleh perisikan AS tentang situasi di Syria. Namun, beliau menyatakan, AS dan sekutunya termasuk Britain dan Perancis percaya bahawa serangan itu telah melanggar hak kemanusiaan antarabangsa . - Reuters

MALAYSIA TERPAKSA BERMANDI PELUH

MALAYSIA mengharungi detik cemas sebelum bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Jepun 4-2 pada aksi terakhir Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh malam tadi. Kejayaan itu membolehkan Malaysia menempah pertemuan dengan juara Kumpulan B, India pada aksi separuh akhir yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini. Jurulatih Malaysia, Paul Revington jelas sekali gembira dengan semangat juang yang dipamerkan anak-anak buahnya malam tadi, sambil menyifatkan ia sesuatu yang positif bagi pertemuan dengan India nanti. "Kita berjaya mengekalkan fokus serta ketenangan meskipun ketinggalan dan inilah yang berjaya memberi kejayaan kepada kita dalam pertemuan ini. "Bagi saingan separuh akhir nanti, kami sudah mempunyai perancangan untuk menewaskan India kerana sasaran yang diletakkan kepada kami ialah menjuarai gelaran Asia buat kali pertama," jelas Revington semalam. Sementara itu, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Azlan Shah berkata: "Semangat juang yang dipamerkan pemain negara ketika menentang Jepun sangat menakjubkan. "Namun, kita tidak boleh beraksi sebegini lagi pada separuh akhir nanti. Kita juga tidak boleh melepaskan gol mudah sekiranya mahu menjuarai Piala Asia buat kali pertama." Tampil dengan misi memburu kemenangan, Malaysia seolah-olah sengaja membiarkan Jepun menjaringkan gol pendahuluan. Jepun hanya mengambil masa lapan minit untuk membocori gawang Malaysia sebanyak dua kali. Jepun memperoleh gol pertama pada minit keenam menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Toshiro Tachibana . Selang dua minit, gawang Malaysia bocor lagi apabila tolakan deras Kei Kawakami gagal ditangkis oleh penjaga gol, S. Kumar. Selepas ketinggalan dua gol, Malaysia kembali bangkit dan akhirnya, pukulan sudut penalti oleh Muhammad Razie Abd. Rahim pada minit ke-15 berjaya menewaskan penjaga gol Jepun, Akira Morishima. Penyerang lincah, Muhammad Firhan Ashaari menyamakan kedudukan melalui tolakan deras pada minit ke-29. Malaysia menambah dua lagi gol menerusi ayam tambatan, Faizal Saari pada minit ke-60 dan Azlan Misron (66). Sementara itu, juara tiga kali, Pakistan muncul juara Kumpulan A setelah membelasah Taiwan 13-0.

ASKAR DITUDUH BUNUH KERANI

TUMPAT – Seorang anggota tentera berpangkat Sarjan yang ditahan berhubung satu kes letupan bom yang meragut nyawa kerani sekolah di Taman Sri Periok di sini pada 11 Ogos lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh Che Rosli Che Daud, 29, yang kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri. Mengikut pertuduhan, Che Rosli didakwa membunuh Mohd. Yusrizal Mat Zain, 32, di Perumahan JPN Kok Seraya di sini antara pukul 10 pagi hingga 11 pagi, 11 Ogos lalu. Che Rosli berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Hamizah Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed. Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 1 Oktober ini bagi membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan beberapa dokumen berkaitan kes tersebut kepada pihak pembelaan.

ARTIS MELECUR disambar api gas

TERKINI!!! KUALA LUMPUR - Penyanyi popular 80-an, Noorshila Amin melecur di muka, lengan dan kaki akibat disambar api daripada tong gas yang bocor ketika memasak di rumah anaknya di Kepong pada Sabtu lalu. Menurut Noorshila, 49, kejadian berlaku pada pukul 2 petang dan ketika itu dia memasak di rumah anak sulungnya, Nurul Admiena Norrizan sempena majlis rumah terbuka yang diadakan oleh anaknya itu. "Ketika memasak tiba-tiba api menyambar sebelah kiri badan saya menyebabkan muka, lengan dan kaki saya di bahagian itu melecur," kata Noorshila yang mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Selayang. Noorshila yang popular menerusi lagu Rambu Ramba dan Kad Ucapanmu memberitahu, nasib baik dalam kejadian tersebut tong gas itu tidak meletup manakala rumah anaknya juga tidak terjejas.

TRIO DEEJAY RADIO MOHON MAAF

SELASA 27 OGOS 2013 KUALA LUMPUR – Tiga deejay radio Era FM, Johan, Haniff dan Ray semalam mengemukakan permohonan maaf mereka menerusi segmen JoHaRa Pagi Era gara-gara komen negatif mereka yang menyatakan bahawa pasukan bola sepak Sarawak menjadi juara Liga Perdana kerana bermain dalam liga ‘cap ayam’. Permohonan maaf itu dibuat oleh ketiga-tiga penyampai radio tersebut pada pukul 8.38 pagi menerusi satu pengumuman khas dalam segmen JoHaRa Pagi Era. Permohonan maaf Johan berbunyi: “Dengan rasa rendah diri kami di JoHaRa Pagi Era ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata-kata kami. Permohonan maaf ini dibuat dengan seikhlas hati kami.” Ucapan maaf tersebut disambung oleh Haniff yang berkata: “Sejujurnya kami tiada niat untuk menyinggung perasaan penyokong Sarawak FA.” Ray pula berkata: “Kami sememangnya penyokong tegar Liga Malaysia.”

WANITA DERA ANAK SAMPAI MATI DIDAKWA MEMBUNUH

SELASA 27 OGOS 2013 IPOH - Ibu kepada kanak-kanak malang berusia lima tahun yang dipercayai didera secara kejam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh anak perempuannya itu. Pendakwaan terhadap Chong Mee Chin, (gambar), 30, dibuat berikutan mangsa, Ho Yan Hui yang sebelum ini berada dalam keadaan koma meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun pukul 2.40 petang kelmarin. Mee Chin yang berasal dari Menglembu di sini dilihat mengangguk kepalanya tanda memahami pertuduhan sebaik ia dibacakan dalam bahasa Kantonis oleh jurubahasa mahkamah. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Mee Chin di hadapan Majistret Haslinda A. Raof. Mengikut pertuduhan, Mee Chin yang tidak diwakili peguam didakwa telah mendera sehingga menyebabkan kematian anak perempuannya itu pada kira-kira pukul 9 pagi, 12 Ogos lalu di ruang tamu rumah nombor 19, Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu di sini.

Tiga dicekup tunjuk isyarat lucah

27 OGOS 2013 SELASA BUKIT MERTAJAM - Tindakan tiga lelaki yang menunjukkan isyarat lucah dan cuba merempuh kereta peronda polis memakan diri apabila kesemuanya diberkas dalam kejadian di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Juru dekat sini kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kejadian pukul 6.15 pagi itu berlaku apabila suspek yang menaiki sebuah kereta Mercedes Benz telah menghimpit kenderaan peronda jenis Mitsubishi Lancer dari arah Plaza Tol Juru ke Sungai Dua. Katanya, kesemua suspek kemudian menunjukkan isyarat lucah beberapa kali ke arah anggota tersebut sebelum dikejar dan diarahkan berhenti.

Thursday, 22 August 2013

PEMANDU ADA 15 SAMAN MEMANDU LAJU

JUMAAT 23 OGOS 2013 KUALA LUMPUR – Pemandu bas yang turut maut bersama 36 penumpang selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands kelmarin mempunyai 23 rekod kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia. Selain pemandu tersebut, bas milik syarikat Genting Highlands Transport Sdn. Bhd. dengan nombor pendaftaran WGA 4136 itu sendiri mempunyai dua rekod saman atas dua penama lain yang belum dijelaskan pada 2008. Jurucakap polis berkata, pemandu tersebut, Lim Kok Hoe (gambar kecil), 43, berasal dari Batu Pahat, Johor mempunyai 23 rekod saman sejak 1997 hingga 2009. Tujuh daripadanya telah dijelaskan. Katanya, antara kesalahan yang dilakukan Kok Hoe termasuk memandu laju, menghalang lalu lintas, tidak pamer cukai jalan, berhenti di petak kuning dan tidak memakai topi keledar.

5 pelajar melecur dapur meletup

22 ogog 2013 SEREMBAN – Kegembiraan kira-kira 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri di sini semalam menyambut Hari Kantin Sekolah bertukar tragedi apabila lima pelajar perempuan tingkatan empat melecur di muka dan pergelangan tangan apabila dapur gas mudah alih yang digunakan untuk memasak meletup. Dalam kejadian pukul 9.55 pagi tersebut, kesemua pelajar berusia 16 tahun itu, Nurliana Razali, Nurul Syahirah Aziz, Ira Nur Farisha Mohd. Latif, Aida Marini Zulkiefly dan Nur Yasmin Maisara Muhammad Yazid dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) selepas mengalami kecederaan akibat disambar api. Kosmo! difahamkan, semasa kejadian kesemua mangsa sibuk memasak makanan untuk dijual sempena Hari Kantin Sekolah sebelum secara tiba-tiba dapur mudah alih tersebut meletup dan apinya menyambar mereka. Kesemua mangsa dikejarkan ke hospital dengan ambulans oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan kini ditempatkan di wad selepas keadaan mereka dilaporkan stabil.

37 Maut Terhumban Dalam Gaung

22 OGOS 2013 KHAMIS GENTING HIGHLANDS - Seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban manakala 16 yang lain cedera parah apabila sebuah bas henti-henti terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands di sini semalam. Kemalangan ngeri yang berlaku pada pukul 2.24 petang itu berlaku ketika bas yang membawa 53 penumpang itu sedang menuruni jalan curam dari stesen di puncak Genting Highlands menuju ke Perhentian Bas Pekeliling di ibu negara. Penolong Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi), Datuk Saimon Jahid berkata, selepas 14 minit meninggalkan pusat peranginan itu, bas tersebut dipercayai hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung. "Kemalangan tersebut berlaku di satu selekoh tajam berhampiran Tokong Chin Swee. Pokok-pokok besar di lereng bukit menahan bas itu daripada tercampak lebih jauh," kata beliau ketika ditemui pemberita di tempat kejadian semalam.

Wednesday, 21 August 2013

KURAMATHI ISLAND RESORT MALDIVES

WEDNESDAY, 21 AUGUST 2013 Heaven Kuramathi Island Resort ialah sebuah lagi resort cantik yang terletak di Kepulauan Maldives. To be exact ianya terletak di Radhoo Atoll. Resort ini seperti kesemua resort di Maldives dikelilingi pantai berpasir putih dan laut yang laut biru azure. Damn.......... So cool. Harga penginapan semalam bermula dari USD 440 (RM 1446 ) semalam. Save up!

Tuesday, 20 August 2013

PESAWAT TERGELINCIR SELEPAS TERLANGGAR LEMBU!





20 OGOS 2013
Only in Indonesia

Selalunya kita dengar pesawat tergelincir kerana cuaca buruk. Kapal terbang juga pernah terhempas kerana melanggar sekawan burung. Tetapi di Indonesia sebuah pesawat 737 Lion Air yang membawa 110 orangpenumpang tergelincir dari landasan akibat melanggar lembu ketika cuba mendarat diGorontalo, Sulawesi. Juruterbang berkata pada awalnya beliau menyangkakan beliau terlanggar seekor anjing tetapi selepas memeriksa tayar hadapan pesawat, beliau ternampak bangkai lembu! Only in Indonesia. Extreme habis! Ini ialah insiden kemalangan kedua dalam masa setahun membabitkan Lion Air. April lalu sebuah pesawat 737 mereka terbabas dari landasan sehingga menjunam ke dalam laut di Bali.